Friday 27 January 2012

Anai-anai

Assalamualaikum.
tetiba title anai-anai kan..bkn apa aku just nk share info psl anai-anai ni..sbb xlm dlu rumah aku kena serang sebatalion anai-anai ni ...yg pelik bin ajaib, rumah aku ni level 2. .kotak2 brg aku jd arwah...sib baik xletak buku kt tpt sm kalau x mmg nangis la aku...yg kt tepi dinding tu kotak2 hadiah kawin aku n ada yg tak bukak lg..tima kasih en anai-anai sbb tolong sy bukak present kawin tu yer... stended la kan kalau kawin msti dpt byk brg2 kaca :- pinggan mangkuk, sudu garpu, gelas, cawan...yg kelakar bila aku sedar serangan anai2 ni sbb aku tetiba tertgk nmpk brg2 kaca tu je togel2 sbb kotaknya dh habis...tu pun sbb gigi dia xleh kunyah kaca besi la tu..kalau x abis ler..ngan aku2 sekali kena ngap kut..so kt bwh ni aku share info yg aku ty pakcik aku, pakcik gugel..

**************************************************************************

ANAI-ANAI ialah sejenis serangga perosak yang memakan kayu lalu merosakkan tiang, lantai, dinding rumah, buku dan perabot rumah. Rupanya seakan-akan semut dan warnanya putih, tetapi anai-anai bukanlah jenis semut. Badan anai-anai tidak bersayap berwarna putih dan lembut. Ia juga mempunyai bahagian mulut dan sesungut.
Anai-anai hidup berkumpulan dengan tiga kasta anai-anai iaitu raja dan ratu tugasnya membiak, anai-anai pekerja mencari makan dan anai-anai askar bertugas mempertahankan kumpulannya apabila diserang semut.
Raja dan ratu anai-anai ialah anai-anai yang paling sempurna. Raja anai-anai bersayap dan warnanya kelabu, mempunyai mata dan boleh melihat. Ratu anai-anai berabdomen besar, berwarna kekuningan dan boleh membesar sehingga 4 sentimeter. Tugas ratu anai-anai ialah mengeluarkan telur dengan banyaknya.
Kebanyakan daripada anak-anaknya menjadi anai-anai pekerja, beberapa ekor menjadi askar dan yang lainnya menjadi raja dan ratu. Anai-anai hidup di dalam sarang yang diperbuat daripada tanah, yang disebut busut. Kadang-kadang busut ini boleh dibina setinggi melebihi dua meter.


kenali keluarga en. anai-anai



Masalah Anai Anai

Masalah besar timbul jika rumah anda diserang anai anai. Anai-anai boleh merosakkan perabut seperti almari, rak, dan juga pintu, pakaian, buku, dokumen, pakaian, syiling, dinding rumah dan lain-lain lagi.
Perihal mengenai anai-anai: Sarang anai-anai adalah di dalam tanah kerana anai-anai suka tempat yang lembab, dingin dan terlindung.
kawasan perumahan en. anai-anai

Koloni anai-anai terdiri daripada permaisuri, raja, pemangku permaisuri, pemangku raja, pekerja, tentera dan peninjau. Jika permaisuri mati, pekerja lain boleh bertukar menjadi permaisuri tetapi saiznya tidak besar seperti permaisuri asal. Pada musim tertentu pemangku permaisuri dan pemangku raja akan tumbuh sayap dan dan terbang mencari kawasan baru untuk membuat sarang baru.
Ubat anai-anai atau Racun anai anai yang biasa ialah jenis cecair, biasanya digunakan di ladang-ladang. Jika digunakan di dalam rumah, ia menghasilkan bau yang tidak menyenangkan malah wapnya dikuatiri mendatangkan keburukan kepada kesihatan. Penggunaan racun ini sekadar menghidarkan dari serangan anai-anai tersebut sahaja kerana ia membunuh anai-anai yang terkena racun ini sahaja. Masih terdapat banyak lagi anai-anai di dalam sarangnya. Ia menunggu masa dan keadaan sesuai untuk menyerang kembali.
Salah satu cara lebih berkesan ialah mengupah pembasmi anai-anai profesional. Belanjanya mahal sikit, boleh mencecah seribu ringgit. Mereka akan mengepam racun anai-anai ke dalam tanah di bawah rumah anda atau guna kotak umpan beracun untuk membunuh seluruh koloni anai anai dan mencegahnya.


*******************************************************************************

interesting jgk kan..siap ada kasta lg..tp kalau aku jmp face to face ngan queen ni, ada satu soklan aku nak tanya. aku nak ty pe rasie slim je anak2 buah dia sdgkn mkn byk hehehehhe

0 comments:

 
blog template by suckmylolly.com