Monday 12 March 2012

kisah pemecah batu

assalamualaikum
kisah pemecah batu yang kita akn namakan dia Pak Cik Fizo (bukan nm sebenar)..
Pak Cik Fizo ni orgnya haruslah kuat dan gagah sebab kerjenya memecahkan batu2 yang besar untuk dijadikan batu2 kecil menggunakan tukul yg besar dan berat..kerjaya beliau yang memerlukan tenaga tulang 4 kerat beliau sendiri (jgn ty la mesin ke jentolak ke sbb ini ceritera lama..kisah dolu2)
tetapi beliau semakin lama semakin berputus asa sebab dr mula kerja sehingga sekarang taraf hidup masih di takuk lama.
suatu hari yang indah, Pak Cik Fizo ni berehat jap sbb dh penat sgt tu kan...matahari yang memancar terik di atas kepada membuatkan beliau terfikir, hebat sungguh menjadi matahari. cahaya matahari bisa memberikan manfaat dan juga kemudaratan kepada makhluk lain..alangkah indahnya sekiranya dirinya juga menjadi matahari...sedang dia berkira2 tentang kehebatan matahari, tetiba badannya terasa dingin dan nyaman..panas di atas kepala sudah tiada...diangkat kepalanya lalu dilihat ada awan yg sungguh besar melindungi matahari dan berada tepat di atas kepalanya...wahhh ini sudah bagus..rupa-rupanya ada lagi yg lebih hebat daripada matahari...awan ini lebih hebat dan patutlah dirinya menjadi awan berbanding matahari...
baru sahaja mulutnya habis berkata-kata, tetiba awan yg besar itu berarak dan melanggar bukit yang tinggi dan akhirnya terpecah...Pak Cik Fizo pun berfikir lagi, kenapa tidak diriku menjadi bukit yang besar ini..lagi hebat kerana mampu memecahkan awan yang tebal..bukit berkuasa daripada awan dan matahari..
sudah yakin dirinya mahu menjadi bukit yang besar, tetiba dia perasan yang bukit itu rupanya telah banyak yang lompong (kena korek dan dipecahkan)...kiranya bukit itu juga tidaklah sehebat yang disangkakan...dan makhluk yang mengorek dan memecahkan bukit tersebut tidak lain tidak bukan adalah Pak Cik Fizo sendiri..

moral : jadilah diri anda untuk berjaya kerana hanya anda yang mengenali potensi diri anda sendiri...sedikit sedikit lama-lama jadi bukit tau !!!

0 comments:

 
blog template by suckmylolly.com