Tuesday 31 January 2012

mari meneka

apakah yang lebih besar sket dr tikus?

jwpn : lubang tikus..
kalau lubang tu lg kecik, cmne tikus tu nk masuk rmh ye dok

Motivasi pagi ~ Kisah beruang dengan ikan kecil

assalamualaikum..
pg ni sape2 yang otw g office pg2 td msti dh dengar motivasi pagi..kisah beruang dgn ikan kecil kat radio ikim. kisah yang menarik sbb nm pun utk motivasi kan..jgn motibasi sudahla ek..
alkisahnya begini..

ada seekor beruang sdg memancing kt sungai ni walaupun ketika itu bukan musim ikan banyak...alaaaa kalau sape2 penah tgk national geographic tu kan beruang duk dalam air pastu tggu ikan lompat2 keluar dari air..time tu la dia tangkap ikan..


dah lama dia tunggu ikan timbul ....nak dijadikan cerita dapatlah dia seekor ikan kecil..


ikan tu pun merayu supaya dilepaskan dgn alasan kalau beruang tu mkn dia pun x kenyang cuma lekat celah2 gigi je..better big bear lepaskan dia dan tggu beberapa bln lg bila dia dh cukup besar utk kenyangkan big bear barulah boleh mkn...

nak tau pe big bear jawab: nak tau x apa sbb badan aku besar. sebab aku xpenah melepaskan apa sj rezeki yg  aku dapat...
maka selamatlah ikan itu bersemadi dlm perut big bear...kubur tanpa nisan ahakss..

so moral of the story : walau sekecik2 mn pun peluang yg kite dpt, jgn lepaskan. sbb itu mungkin akn membuka peluang yg lbh bsr kpd kite..
contohnya dlm nk mencari keje jgn memilih sgt..ni x nk keje jwtn bsr, duk dlm ekon je, bilik besar, gaji bsr tp jiwa kecik..lupa je la.

ada kata2 hikmah la drpd sorg philospher ni yg aku xsmpt nk dgr nama dia...dh dialihbhs melayukan bunyinya begini:- kalau tak pernah ada peluang yg dtg ketuk pintu anda, buat satu pintu..

so renung-renungkan dan selamat beramal.............(tiru intonasi cik izzi)

Monday 30 January 2012

Calon Gabenor Acheh diuji baca alQuran

ACEH: Barisan calon untuk pilihan raya gabenor Aceh menjalani ujian mengaji al-Quran di Banda Aceh, semalam sebagai sebahagian peperiksaan rasmi mengenai pengetahuan Islam mereka.
Kemahiran mengaji al-Quran, kitab suci umat Islam itu adalah satu kewajipan bukan saja kepada calon gabenor dan naib gabenor, tetapi juga untuk jawatan datuk bandar dan timbalan datuk bandar di Aceh sejak wilayah itu melaksanakan undang-undang syariah pada 2003.
“Ia adalah kali ketiga kami melakukan ujian mengaji Quran untuk calon sejak kami membuka pendaftaran kepada calon untuk pilihan raya Aceh ini,” kata Pesuruhjaya Pilihan Raya, Akmal Abzal. Suruhanjaya Pilihan Raya Aceh (KIP) membuka semula pendaftaran sebagaimana diarahkan Mahkamah Persekutuan pada 17 Januari lalu. – Jakarta Post
 

** hebat sungguh bumi Acheh ... agak2 kalau kat Malaysia pun buat cmni ... blh x..

teka apa

everyday otw g keje aku dgr ikim fm..so everyday aku dgr teka teki la kan..aku share ngan sape2 yg xsmpt sbb teka teki tu dibuka jam 7am n close 7.25 am..


untuk semalam dan hari ini


1) dalam banyak2 buah, buah apa ada bunga kt dalam. buah ini berbtk bulat
    jwpn : buah guli


2) dalam byk 2bulan, bulan apa kite paling kurang berckp
    jwpn : bln februari ler sbb harinya kan kurang

peringatan kepada bikers

assalamualaikum..
jap je nk conteng ni..sbb jap lg nk kena g dgr amanat tahun baharu Dato VC..acara tahunan.
ni mestilah berkaitan tajuk aku hr ni kan..penunggang motosikal ni..well, dr pemerhatian aku mmglah motosikal tu sifatnya utk memudahkan mencilok sn sini dan menjimatkan masa n wang. aku pun pernah merempit g keje dulu walaupun kejap je..tp aku rempit naik honda cup lama kaler merah jerrrr...
tp paling penting keselamatan kena jaga..ni x cilok sn sini dgn signal xkasik..kalau kete semua bwk cm kete lembu no hal..tp semua berdesup desup meluncur gagah di jalan raya...mcm smlm blk keje aku tgk eksiden moto ngan kete ...3 bijik moto xsilap...tp alhamdulillah ok je orgnya lepak tepi jalan tu..nk ckp slh sape aku tak tgk dr awal kan tp penunggang motosikal mmg terdedah kpd bahaya...dahla kecik pastu open air lak tu..lagi2 kalau pakai helmet tp x ikat..lagi haru ..kalau eksiden ngeri bersepai atas jln tu...
yg tu kalau kes rempit..tp aku lg geram ngan penunggang yg bersiar2 di jln ry sambil menghirup udara kotor ni..bwk slow xkisahla tp jgn la duk tgh2 weiii...kan dah jem semua...tmbh2 kalau bwk awek ...awek lak peluk sakan punyer..lg la nk lmbt ms berjln kan..kalau time blk keje no hal tp time g keje mmg rs nk hon2 pastu nk potong. bila dh potong aku nk duk dpn dia nk bwk lg slow hehehehe amacam bro aku pun leh tau.
so peringatan aku kpd bikers...berhati-hati di jalan raya. ingtlah org tersayang. helmet tu pakai btol2 jgn guna helmet kura2. dh haram skang. tgk kiri kanan kalau nk cilok pun signal jgn lupa kasik..opssss kete pun sama ler..beli kete mhl2 xkan xcukup eksesori kut...signal tu mmg dtg skali ngan kete melainkan ko g korek buang..(ini dikira ko mmg sengal)
so layanzzzzzzzzzzz

Sunday 29 January 2012

Jem

Assalamualaikum..
pagi2 ni korang ingt jem nenas ke stoberi ke kan bila bc title post ni..ekceli sungguh benar bagai dikata, hr ni adalah 1st experienced aku mengadap jem setelah 3thn ++ keje di negeri Johor ni..selama ni aku sewa rumah dkt je ngan opis so bgn lmbt pun smpt lg berkejar g opis..lalu jln kg mn ada jem kan...once in a blue moon je la kalau nk jmp...tp hr ni mmg menarik la...kuar rumah seawal 6.45 am dan smpi opis selewat 7.45am. tp td ada eksiden 3 bijik kete so aku rs itu yg menyebabkn jln agak jem kut...kalau x msti smooth jln tuh..lg awal aku blh smpi opis.
but the best part is...paling indah kut aku rs hr ni...dpt tgk burung2 keluar srg nk g office ...Subhanallah sangat menarik tp xdelah smpt nk amik gmbr kan...hikmah kuar awal g keje ..sebab selama ni selalunya aku kuar rmh kul 7.30am..agaknya time tu burung2 pun dh selamat punch card mn nk dpt tgk kan...
xsabar nk tggu sok lak...kalau hr2 aku tgk agaknya dia pun knl kete aku kan..hr2 jumpa.. :)
tp yg pasti kaki, badan, tgn aku sakit lenguh2 sbb turun naik tangga pindah barang...(aku dh selamat masuk rmh baru hari sabtu..alhamdulillah)...bermulalah kehidupan aku di PG. rumah mcm rmh setinggan dgn brg2 bersepah lg..slow2 kemas  mak aku ckp..so bye bye BBU..gonna miss the danga bay and singapore view ..yg tiap mlm aku tgk dr beranda rmh aku..

Friday 27 January 2012

Anai-anai

Assalamualaikum.
tetiba title anai-anai kan..bkn apa aku just nk share info psl anai-anai ni..sbb xlm dlu rumah aku kena serang sebatalion anai-anai ni ...yg pelik bin ajaib, rumah aku ni level 2. .kotak2 brg aku jd arwah...sib baik xletak buku kt tpt sm kalau x mmg nangis la aku...yg kt tepi dinding tu kotak2 hadiah kawin aku n ada yg tak bukak lg..tima kasih en anai-anai sbb tolong sy bukak present kawin tu yer... stended la kan kalau kawin msti dpt byk brg2 kaca :- pinggan mangkuk, sudu garpu, gelas, cawan...yg kelakar bila aku sedar serangan anai2 ni sbb aku tetiba tertgk nmpk brg2 kaca tu je togel2 sbb kotaknya dh habis...tu pun sbb gigi dia xleh kunyah kaca besi la tu..kalau x abis ler..ngan aku2 sekali kena ngap kut..so kt bwh ni aku share info yg aku ty pakcik aku, pakcik gugel..

**************************************************************************

ANAI-ANAI ialah sejenis serangga perosak yang memakan kayu lalu merosakkan tiang, lantai, dinding rumah, buku dan perabot rumah. Rupanya seakan-akan semut dan warnanya putih, tetapi anai-anai bukanlah jenis semut. Badan anai-anai tidak bersayap berwarna putih dan lembut. Ia juga mempunyai bahagian mulut dan sesungut.
Anai-anai hidup berkumpulan dengan tiga kasta anai-anai iaitu raja dan ratu tugasnya membiak, anai-anai pekerja mencari makan dan anai-anai askar bertugas mempertahankan kumpulannya apabila diserang semut.
Raja dan ratu anai-anai ialah anai-anai yang paling sempurna. Raja anai-anai bersayap dan warnanya kelabu, mempunyai mata dan boleh melihat. Ratu anai-anai berabdomen besar, berwarna kekuningan dan boleh membesar sehingga 4 sentimeter. Tugas ratu anai-anai ialah mengeluarkan telur dengan banyaknya.
Kebanyakan daripada anak-anaknya menjadi anai-anai pekerja, beberapa ekor menjadi askar dan yang lainnya menjadi raja dan ratu. Anai-anai hidup di dalam sarang yang diperbuat daripada tanah, yang disebut busut. Kadang-kadang busut ini boleh dibina setinggi melebihi dua meter.


kenali keluarga en. anai-anai



Masalah Anai Anai

Masalah besar timbul jika rumah anda diserang anai anai. Anai-anai boleh merosakkan perabut seperti almari, rak, dan juga pintu, pakaian, buku, dokumen, pakaian, syiling, dinding rumah dan lain-lain lagi.
Perihal mengenai anai-anai: Sarang anai-anai adalah di dalam tanah kerana anai-anai suka tempat yang lembab, dingin dan terlindung.
kawasan perumahan en. anai-anai

Koloni anai-anai terdiri daripada permaisuri, raja, pemangku permaisuri, pemangku raja, pekerja, tentera dan peninjau. Jika permaisuri mati, pekerja lain boleh bertukar menjadi permaisuri tetapi saiznya tidak besar seperti permaisuri asal. Pada musim tertentu pemangku permaisuri dan pemangku raja akan tumbuh sayap dan dan terbang mencari kawasan baru untuk membuat sarang baru.
Ubat anai-anai atau Racun anai anai yang biasa ialah jenis cecair, biasanya digunakan di ladang-ladang. Jika digunakan di dalam rumah, ia menghasilkan bau yang tidak menyenangkan malah wapnya dikuatiri mendatangkan keburukan kepada kesihatan. Penggunaan racun ini sekadar menghidarkan dari serangan anai-anai tersebut sahaja kerana ia membunuh anai-anai yang terkena racun ini sahaja. Masih terdapat banyak lagi anai-anai di dalam sarangnya. Ia menunggu masa dan keadaan sesuai untuk menyerang kembali.
Salah satu cara lebih berkesan ialah mengupah pembasmi anai-anai profesional. Belanjanya mahal sikit, boleh mencecah seribu ringgit. Mereka akan mengepam racun anai-anai ke dalam tanah di bawah rumah anda atau guna kotak umpan beracun untuk membunuh seluruh koloni anai anai dan mencegahnya.


*******************************************************************************

interesting jgk kan..siap ada kasta lg..tp kalau aku jmp face to face ngan queen ni, ada satu soklan aku nak tanya. aku nak ty pe rasie slim je anak2 buah dia sdgkn mkn byk hehehehhe

Thursday 26 January 2012

Bahasa jiwa bangsa ..I LUV U

  1. Afrikaans – Ek het jou liefo
  2. Albanian – Te dua
  3. Arabic (to male) – Ana behibak
  4. Arabic (to female) – Ana behibek
  5. Armenian – Yes kez sirumem
  6. Bambara – M’bi fe
  7. Bengali – Ami tomake bhalobashi
  8. Belarusian – Ya tabe kahayu
  9. Bisaya – Nahigugma ako kanimo
  10. Bulgarian – Obicham te
  11. Cambodian – Soro lahn nhee ah
  12. Catalan – T’estimo
  13. Cherokee – Tsi ge yu i
  14. Cheyenne – Ne mohotatse
  15. Chichewa – Ndimakukonda
  16. Chinese (Cantonese) – Ngo oiy ney a
  17. Chinese (Mandarin) – Wo ai ni
  18. Comanche – U kamakutu nu
  19. Cree – Kisakihitin
  20. Creol – Mi aime jou
  21. Croatian – Volim te
  22. Czech – Miluji te
  23. Danish – Jeg Elsker Dig
  24. Dutch – Ik hou van jou
  25. Elvish – Amin mela lle
  26. English – I love you
  27. Esperanto – Mi amas vin
  28. Estonian – Ma armastan sind
  29. Ethiopian – Afgreki’
  30. Faroese – Eg elski teg
  31. Farsi – Doset daram
  32. Filipino – Mahal kita
  33. Finnish – Mina rakastan sinua
  34. French – Je t’aime, Je t’adore
  35. Frisian – Ik hald fan dy
  36. Gaelic – Ta gra agam ort
  37. Georgian – Mikvarhar
  38. German – Ich liebe dich
  39. Greek – S’agapo
  40. Gujarati – Hoo thunay prem karoo choo
  41. Hiligaynon – Palangga ko ikaw
  42. Hawaiian – Aloha Au Ia`oe
  43. Hebrew (to female) – “ani ohev otach” (said by male) “ohevet Otach” (said by female)
  44. Hebrew (to male) – “ani ohev otcha” (said by male) “Ohevet ot’cha” (said by female)
  45. Hiligaynon – Guina higugma ko ikaw
  46. Hindi – Hum Tumhe Pyar Karte hae
  47. Hmong – Kuv hlub koj
  48. Hopi – Nu’ umi unangwa’ta
  49. Hungarian – Szeretlek
  50. Icelandic – Eg elska tig
***********

  1. Icelandic – Eg elska tig
  2. Ilonggo – Palangga ko ikaw
  3. Indonesian – Saya cinta padamu
  4. Inuit – Negligevapse
  5. Irish – Taim i’ ngra leat
  6. Italian – Ti amo
  7. Japanese – Aishiteru or Anata ga daisuki desu
  8. Kannada – Naanu ninna preetisuttene
  9. Kapampangan – Kaluguran daka
  10. Kiswahili – Nakupenda
  11. Konkani – Tu magel moga cho
  12. Korean – Sarang Heyo or Nanun tangshinul sarang hamnida
  13. Latin – Te amo
  14. Latvian – Es tevi miilu
  15. Lebanese – Bahibak
  16. Lithuanian – Tave myliu
  17. Luxembourgeois – Ech hun dech gaer
  18. Macedonian – Te Sakam
  19. Malay – Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
  20. Malayalam – Njan Ninne Premikunnu
  21. Maltese – Inhobbok
  22. Marathi – Me tula prem karto
  23. Mohawk – Kanbhik
  24. Moroccan – Ana moajaba bik
  25. Nahuatl – Ni mits neki
  26. Navaho – Ayor anosh’ni
  27. Ndebele – Niyakutanda
  28. Norwegian (Bokmaal) – Jeg elsker deg
  29. Norwegian (Nyonrsk) – Eg elskar deg
  30. Pandacan – Syota na kita!!
  31. Pangasinan – Inaru Taka
  32. Papiamento – Mi ta stimabo
  33. Persian – Doo-set daaram
  34. Pig Latin – Iay ovlay ouyay
  35. Polish – Kocham CiÄ™
  36. Portuguese – Eu te amo
  37. Romanian – Te iubesc
  38. Russian – Ya tebya liubliu
  39. Scot Gaelic – Tha gra\dh agam ort
  40. Serbian – Volim te
  41. Setswana – Ke a go rata
  42. Sign Language – ,\,,/ (represents position of fingers when signing ‘I Love You’)
  43. Sindhi – Maa tokhe pyar kendo ahyan
  44. Sioux – Techihhila
  45. Slovak – Lu`bim ta
  46. Slovenian – Ljubim te
  47. Spanish – Te quiero / Te amo
  48. Swahili – Ninapenda wewe
  49. Swedish – Jag alskar dig
  50. Swiss-German – Ich lieb Di
  51. Surinam – Mi lobi joe
  52. Tagalog – Mahal kita
  53. Taiwanese – Wa ga ei li
  54. Tahitian – Ua Here Vau Ia Oe
  55. Tamil – Nan unnai kathalikaraen
  56. Telugu – Nenu ninnu premistunnanu
  57. Thai (to female) – Phom rak khun
  58. Thai (to male)  - Chan rak khun
  59. Thai Informal – Rak te
  60. Tunisian – Ha eh bak
  61. Turkish – Seni Seviyorum
  62. Ukrainian – Ya tebe kahayu
  63. Urdu – mai aap say pyaar karta hoo
  64. Vietnamese (to female) – Anh ye^u em
  65. Vietnamese (to male) – Em ye^u anh
  66. Welsh – ‘Rwy’n dy garu di
  67. Yiddish – Ikh hob dikh
  68. Yoruba – Mo ni fe
  69. Zazi – Ezhele hezdege
  70. Zuni – Tom ho’ ichema

pejabat yahoooooooooooooooooooo

assalamualaikum
bagi mengisi masa lapang..aku dgn rasminya menjadi pencari gmbr yg xbertauliah..makin aku tgk gmbr2 ofice depa ni makin sayu hati aku..nk compare ngan ofice aku ni...waaaaaaaaaaa










soalan aku : nape xde staf yg ada dlm gmbr yang diambil ni


jwpn:    A) cuti krismas
         B) staf yahoo pemalu (low profile)
         c) kene paksa buat keje
         d) buat2 rajin semua duk kt meja walaupun hati gedik2 nk jd model

cadangan buku untuk dibeli guna voucher buku :)

assalamualaikum..
ada sape2 penah baca or belek2 buku ni..
cm interesting ...leh la share..sblm aku btol2 decide nk beli buku ni

Office pakcik Google

assalamualaikum
kalau tadi aku share gmbr office facebook atau nm manjanya fb
skang aku nk share gmbr office pak menakan aku, pakcik gugel..atau kt kg org panggil dia Google..(kacuk mat salleh)..so korang leh la compare which yg lg 'sejuk'


























tapi yang paling aku minat gambar gelunggsur tu..bos, saya nk benda tu satu kt opis kite ni..xyah naik turun tangga nk jmp bos..laju jer..boleh x

Facebook Office

assalamualaikum...
selamat hari jumaat..sunyi sepi dah opis aku dr td lagi..aku jgk yg setia mengadap pc ni...bkn rajin buat keje tp rajin surf intenet...kalau time lunch hour kalau x take short nap msti aku google tgk gmbr yg 'sejuk2'..
kali ni aku nk share gmbr office facebook..gile best. kalau dpt keje sini mmg aku sanggup keje smpi pencen la..ntah2 siap sambung lg smpi 60 thn hehehheeh cekidaout



















what else can i say...COOL...

 
blog template by suckmylolly.com